Kursus Kaedah Penyerapan Ilmu Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

          Pada 5-7 November 2019, Jabatan Pengajian Melayu bersama-sama dengan JKJR dan MIROS telah menganjurkan Kursus Kaedah Penyerapan Ilmu Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) bertempat di Dewan Seri Melati. Peserta terdiri daripada pelajar Unit R (Semester 7) sebagai persediaan untuk mengajar program tersebut ketika berada di sekolah nanti. Antara objektif penganjuran …

Bengkel Penggunaan Diorama Base Dalam Pentaksiran Bilik Darjah

              Pada 5 November 2019, Jabatan Pengajian Melayu telah menganjurkan Bengkel Penggunaan Diorama Base Dalam Pentaksiran Bilik Darjah kepada guru-guru sekolah menengah dan sekolah rendah di Bilik Diskusi, Perpustakaan IPG Kampus. Antara kandungan kursus tersebut ialah penerangan tentang apa itu diorama base dan fungsi yang boleh digunakan dalam PDP …

Bengkel Penghasilan Puisi Tradisional

Pada 14 Oktober 2019, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Penghasilan Puisi Tradisional Gurindam, Seloka dan Syair bawah Program Memartabatkan Bahasa Melayu di Pusat Kegiatan Guru, Talang, Kuala Kangsar. Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Shamsudin bin Abu Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu yang mempunyai pengalaman yang luas dalam penulisan bahan kreatif dan …

Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Kali ke-9, 2019

Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Kali Ke-9, 2019  telah diadakan pada 1-3 Oktober 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Pertandingan kali ini telah mendapat sambutan yang amat baik dengan disertai oleh 21 pasukan yang terdiri daripada institut pendidikan guru, universiti awam, dan universiti swasta .  Majlis penutupan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Zainol …

Persembahan Dikir Fonetik dan Sketsa Sebutan Baku

Pada 25 September 2019, Jabatan Pengajian Melayu telah menganjurkan Persembahan Dikir Fonetik dan Sketsa Sebutan Baku di Dewan Seri Tanjung. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Khadri bin Fadhil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Turut menyampaikan ucapan ialah Dr Hasnah binti Awang, Penolong Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan Encik Khairulanuar bin …

Bengkel Apresiasi Puisi Tradisional dan Pertandingan Deklamasi Puisi Tradisional

Pada 11 September 2019, Jabatan Pengajia Melayu telah menganjurkan Bengkel Apresiasi Puisi Tradisional dan Pertandingan Deklamasi Puisi Tradisional. Bengkel tersebut telah diadakan pada pukul 2.30hingga 5.00 yang dikendalikan oleh Muhammad Alif Aiman bin Saharudin, pelajar Persedian Major Bahasa Semester 1. Manakala Pertandingan Deklamasi Puisi Tradisional.    

Mesyuarat Bimbingan Pensyarah IPG bagi Penyerapan Ilmu Pendidikan PKJR dalam PdP Bahasa Melayu

Semua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu diketuai oleh Ecik Shamsudin Abu Bakar, sela ku Ketua Jabatan telah menyertai Mesyuarat Bimbingan Pensyarah IPG bagi Penyerapan Ilmu Pendidikan Program Keselamatan Jalan raya dalam Pengajaran dan Pembelajaran  Bahasa Melayu Zon Utara di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah bermula 3 hingga 5 September 2019.

Mesyuarat Pascanilai SAPBaSBUM 2

Mesyuarat Pascanilai Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu 2 (SAPBaSBUM 2) telah dilaksanakan di Fakulti Pengaj  ian Pendidikan , UPM pada 16 Ogos 2019. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Prof Dr. Rasid Jamian yang turut dihadiri oleh wakil dari Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) iaitu Dr Muhammad Ariffin (Wakil Rektor 1), Dr Saiful …

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Bil.1

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Bil. 1 telah dilaksanakan pada 17 Julai 2019. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil dari Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Ahli mesyuarat telah bersetuju bahawa pertandingan tersebut akan dilaksanakan pada 1 hingga 3 Oktober 2019 dan yuran penyertaan dikurangkan daripada RM500.00 ke …

BENGKEL PENULISAN ARTIKEL DAN PENERBITAN

Pada 22 dan 23 April, pensyarah Jabatan Pengajian Melayu telah menghadiri Bengkel Penulisan Artikel dan Penerbitan sebagai persiapan menyiapkan Jurnal Jabatan Pengajian Melayu di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak. Bengkel berkenaan telah dikendalikan oleh Dr. Hasnah bt Awang dan Puan Hajah Nor Aziah bt Abdul Aziz. Antara objektif bengkel berkenaan ialah untuk menyelesaikan masalah dalam …